Tanganku bengkak, maybe bengkak urat kena jarum. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tak tahu nak menagis atau nak menjerit sekuat hati..rasa macam mimpi je kena masuk wad..cubit pipi rasa sakitnya..maka ini bukanlah mimpi..sebenarnya kenyataan yang patut aku terima.
Bermulanya niat nak temankan mak sebab mak kena tahan wad sebab ada masalah jantung..tiba-tiba aku yang kena tahan sebab ada beberapa masalah. Ceritanya macam ni, aku memang mengalami cirit-birit..jadi badan sangat lemah..dah makan pil chi kit taun pun stay macam tu..so saja dah alang-alang ada kat hospital ayah suruh minta ubat cirit-birit je..
So untuk ambil ubat aku kena mendaftar sebagai pesakit luar..masa check tekanan darah tu, terkejut sangat sebab tekanan darah aku naik mendadak (sebab aku tak pernah ada darah tinggi)...so kenalah letak kat rawatan cemas sebab tinggi sangat untuk zon separa kritikal..kenalah masuk air bagai sebab maybe badan pun dah terlalu lemah sebab kurang air dan dah cirit birit 2 hari. Nak tak nak doktor suruh aku masuk wad sbb tekanan darah aku tinggi dan berrisiko tinggi kalau terus macam tu.
Hajat nak jaga mak tapi kena masuk hospital pula..minta la katil sebelah mak...mak pulak sedih tengok aku macam ni. Aku bab jarum2 ni memang lemah..mula2 kena cucuk bahagian tangan kanan sebab kena masuk air..lepas tu kena ambil darah..kat lengan urat tak jumpa..kena lak cucuk tangan belah kiri..memang pedih sangat rasa..tapi tahan jelah sebab dah serah diri..lepas tu kena xray pulak tu..pung pang pung pang jam 10.50 malam aku dimasukkn dalam wad.
Ni masa nak ambil pakaian untuk temankan mak, last-last diri sendiri jadi ahli wad. Masa ni pun dah pucat. |
Hajat nak jaga mak tapi kena masuk hospital pula..minta la katil sebelah mak...mak pulak sedih tengok aku macam ni. Aku bab jarum2 ni memang lemah..mula2 kena cucuk bahagian tangan kanan sebab kena masuk air..lepas tu kena ambil darah..kat lengan urat tak jumpa..kena lak cucuk tangan belah kiri..memang pedih sangat rasa..tapi tahan jelah sebab dah serah diri..lepas tu kena xray pulak tu..pung pang pung pang jam 10.50 malam aku dimasukkn dalam wad.
Alhamdulilah ada mak saudara dan kakak sepupu time tu temankan sampai masuk wad..tolong salinkan baju aku bagai...teman pergi xray...sebab dua2 tgn aku ada jarum so kalau tak ada org tolong mmg pyh la..alhamdulilah Allah mudahkan urusan.
Malam tu dua2 belah tangan kena masuk ubat..kiri ubat tekanan darah..kanan air..mak ai memang rasa perit je sepanjang malam. Memang tak boleh tidur..asyik terjaga jd..jam ibarat tak bergerak langsung.. Esoknya kena ambil darah..makan ubat.. 4 hari juga kena tahan dalam wad..sesuatu pengalaman yang sangat tidak menyeronokan. Sebenarnya aku ada amalkan supplement diet..so mungkin itu salah satu punca tekanan darah aku naik meluap-luap..serius memang tak ada rasa pening or apa2 tapi bila check mak aiii melambung naik..supplement tu memang boleh mengenyangkan dan rasa tak ada selera makan tetapi dalam masa yang sama boleh meningkatkan tekanan darah kita.
So inilah risiko yang tekpaksa aku tanggung. Pada aku jangan lah kita ambil apa-apa supplement tanpa nasihat doktor atau yang tiada KKM..jika amalkn apa2 supplement pastikan kita buat pemeriksaan kesihatan kerana mungkin supplement tersebut tidak sesuai dengan kita..atau boleh membunuh secara diam...seperti kerosakan buah pinggang atau sebagainya. Alhamdulilah lain2 tak ada maslah selepas buat ujian darah cuma tekanan darah yang naik memdadak tu je yang menyeramkan tapi syukur dah normal.
Sekurang2 aku tau apa masalah diri aku dan boleh perbaiki diri. Bab diet yang terbaik adalah menjaga pemakanan dan bersenam..nampak macam leceh tapi tu cara paling terbaik untuk kita kekal sihat. Supplement kurus ni tak elok diamalkan..sebab kalau silap langkah boleh membawa padah. Jangan terpedaya dengan omongan tentang mengawal selera atau boleh kurus segera..semua tu akan memberi kesan pada organ dalaman badan kita kalau terus amalkan..
Pesan aku..kawal makan..bersenam dan mengamalkan cara hidup yang sihat..jangan malas! Terima kasih pada mak ayah..mak saudara...sepupu..jiran..kawan2 ayah..yang tak jemu datang menjengkuk..time kita sakit nilah kita memang sangat perlukan perhatian dan sokongan moral...tu je..tu pun dh ckup rasa happy.. Alhamdulilah lepas ni nak jaga kesihatan elok2..nak target berat ideal dengan cara yang sihat..tak nak lagi guna sebarangan supplement yang memudaratkan..
24 habulan aku keluar wad..mak pulak keluar awal 2 hari dari aku tapi lepas tu mak ada urusan operate mata untuk masukkan kanta dalam mata..kena temankan mak kat wad lagi semalam pada 25 dan 26 Jan...alhamdulilah operate mata mak berjaya..so pembuka awal tahun adalah hari masuk wad sedunia..ok bye..
Tq for reading my entry.
P/s: 20/1/17-24/1/17..rutin sekarang kena follow up untuk kesihatan nampaknya.
P/s: 20/1/17-24/1/17..rutin sekarang kena follow up untuk kesihatan nampaknya.
0 Response to " Pengalaman masuk wad."
Post a Comment