10 Tips Cinta: Bagaimana nak pujuk hati wanita?


10 Cara Memujuk Hati Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak aku terbitkan postingan Sebab kenapa wanita tawar hati?, ramai yang mesej aku minta tips macam mana nak pujuk hati wanita yang telah dilukai (siap bagi email lagi yee). Alhamdulilah artikal tu mendapat respon ramai, sampai ada page-page kat facebook copy paste ye. Oklah, nevermind, itu tandanya entry Cik Farah berkualiti tu pasal ramai copy paste. Kalau tak kualiti mesti tak ada orang nak copy cat kan?? Tak pe, walaupun tak ada kredit, Cik farah tak marah pun..cool je.Permulaan tahun 2018 ni kita bagi tips cinta yang memang terperuk dalam draf ye.

Amboi-amboi nak minta tips macam aku ni Dr. Cinta pula ye, Ok, aku cuba bagi tips berdasarkan pemerhatian, pengalaman rakan-rakan, pembacaan dan pengalaman sendiri.

Sebenarnya, jika perempuan marah? Masih boleh dipujuk.

Sedih? Lagiii bolehhh..

Mengamuk? Boleh lagi..

Kecewa? Mungkin boleh..

Sakit hati? Masih boleh..

Benci? Ada lagi peluang kot..

Berubah hati? Entahlah nak cakap?

Tawar hati?? Itu susah sikit nak jawab sebab sejenis penyakit tawar hati ni, kau letak garam ke gula ke..tawarnya tetap tawar. So berhati-hati bila perempuan sudah tawar hati ni. Bukan tak ada peluang tapi tipis, tapi apa salah mencuba ye??

Aku bagi 10 tips ringkas cara memujuk hati wanita.

1. Rendahkan ego
Selalunya lelaki ni egonya tinggi. Susah nak mengaku salah jika melibatkan sesuatu perkara walaupun hanya perkara yang remeh-temeh tetapi perlu diingatkan bahawa hal-hal sedemikianlah yang menyebabkan wanita tawar hati. Maklumlah korang ni asyik nak menang je, asyik perempuan sahaja yang mengalah. Jadi, kaum lelaki kena rendahkan ego. Kalau ada sesuatu isu antara kamu dengan dia, kena cepat-cepat mengalah. Bukan bermaksud merendah-rendahkan martabat kamu tapi sebagai jalan penyelesaian untuk sesuatu perkara itu “selesai”. Tak salahkan rendahkan ego yang mengunung tinggi?



2. Bersungguh-sungguh
Bila perempuan dah tawar hati mulalah gelisah tengok perubahan sikap perempuan tu. Memang benar, bila sudah tawar hati, perempuan akan buat tak peduli dan tak nak ambil tahu pun tentang lelaki tu (kau nak mati pun, pergilah mati) . Jadi, lelaki perlu bersungguh-sungguh untuk menawan semula hati wanita tersebut. Bukan sekali dua kena “reject” terus give-up kan. Kadang-kadang sesetengah wanita ni nak tengok sejauh mana kesungguhan lelaki itu untuk “memiliki semula hati” wanita tersebut. Tapi kalau setakat hangat-hangat tahi ayam , memang good bye lah. Kena bersungguh-sungguh tanpa jemu ya. Selamat mencuba!

3. Berubah perangai 
Kalau dulu perangai si lelaki ni lagi teruk dari syaitan tapir. Jadi kenalah beringat-ingat dan muhasabah diri. Cuba periksa apa perangai buruk korang yang wanita tak suka. Cubalah berubah jadi yang lebih baik. Perubahan yang baik kan lebih elok. Contohnya, dulu kau ni jenis panas baran, kaki maki, kaki pinjam duit, kaki hutang keliling pinggang. Siapa yang suka? Semua orang benci kan? Berubahlah kerana itu semua sifat-sifat syaitan yang perlu ditinggalkan. Berubah kerana Allah insyaallah ada jalan yang lebih baik.


4. Tunaikan janji
Janji kemain la tinggi sampai ke langit tapi satu pun tak pernah ditunaikan. Jadi, jangan jadi pemungkir janji ye ibarat menanam tebu dipinggir bibir tapi manis je ada last-last kena diabetis. Wanita paling tak suka jenis lelaki suka tabur janji tapi semua tong kosong. Tolong buktikan janji-janji manis korang tu sebelum dibiarkan membusuk menjadi bangkai.

5. Bertolak ansur
Jangan asyik nak ikut kepala sendiri sahaja. Dalam sesuatu perhubungan kena saling bertolak ansur sebab setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Kena sentiasa memberi ruang kepada pasangan masing-masing ya, jangan asyik nak ikut cakap kau je. Apa ingat hamba abdi?

6. Ambil berat
Maklumlah hubungan bila dah bertahun atau selepas berkahwin ni tak seromantik masa zaman mula-mula kenal (kebanyakkan macam tu lah) kadang-kadang bagi whatsapp cuma read je tapi langsung tak nak balas. Benda simple macam “tanya khabar”, “dah makan ke belum” pun rasa liat. Bila pasangan dah tawar hati baru mengelabut minta tips kan. Ok, tolong ambil berat pada pasangan anda, buka setahun bukan dua tahun tapi selama anda bersama dengannya. Hargailah dia ye. Makan minum, sakit pening dan seangkatan dengan itu memang kena ambil berat. Sebab hal kecil-kecil macam nilah yang boleh menyebabkan perempuan jauh hati dan lama-lama tawar hati.


7. Cuba memahami
Asyik perasaan kau sahajalah kita kena jaga, cuba peka dengan perasaan orang lain ye. Selalunya kalau jenis yang peka perubahan air muka pasangan pun korang dah dapat detect. Cubalah untuk memahami apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Kalau benda yang dia tak suka tu janganlah korang buat.


8. Beri kejutan
Cubalah selalu bagi kejutan yang mengembirakan. Penghargaan bentuk pujian, hadiah, dan perkara-perkara yang mengembirakan hati. Seseorang akan selalu ingat kepada kenagan yang indah. Cuba cipta kenangan yang indah yang boleh buat dia terharu. Jangan cipta kenangan pahit dah la, nanti sampai mati dia akan ingat. Maklumlah senang untuk memaafkan tapi melupakan sukar. Ingat tu!

9. Ingat perkara kecil 
Cubalah ingat perkara-perkara kecil, macam makanan kesukaan dia, minuman kesukaan. Tarikh-tarikh penting pun jangan lupa sebab mungkin kecil bagi kamu tapi tidak bagi dia. Lepas itu, kalau ada benda-benda yang dia pernah bagitahu kena la peka. Jangan macam tunggul kayu. Ibarat masuk telingga kanan, keluar telingga kiri. Bosan tau orang macam ni. Cik Farah reject awal-awal!


10. Berdoa
Korang dah berusaha kenalah berdoa. Janganlah jumpa bomoh pula. Nanti kalau jumpa bomoh hubungan tak berkat dan tak bertahan lama (maklumlah perkara dimurkai Allah yang korang buat). Perlu ingat tuhan yang membolak-balikkan hati kita ni. Jadi minta pada tuhan, doa yang baik-baik agar jodoh korang dengan dia hingga syurga.


11. Move on 
Yang ni last tips la tapi kena terima hakikat ye. Korang faham tak qada dan qadar tuhan? Kena terima hakikat bahawa si dia bukan jodoh yang diciptakan untuk kamu. Jadi selepas bersungguh-sungguh cuba tips di atas masih hampa lepaskanlah dia. Menyintai tak semesti memiliki. Doakan dia temui penganti yang lebih baik dan korang move on lah. Insyaallah ada yang lebih baik menanti korang. Tempoh untuk move on tu memang perit tapi selepas pahit ada manisnya. Tapi kena ingat! Kalau dah jumpa penganti baru kenalah hargailah dia. Jangan sampai dia juga tawar hati.

Sekian itu sahaja tips yang boleh Cik Farah kongsikan, berpeluh nak tulis tips ni. Selamat membaca ya. Ini bukan entry minum kopi makan pizza.

Bye semua. Selamat Berjaya!

(Sumber gambar: Google search image)

0 Response to "10 Tips Cinta: Bagaimana nak pujuk hati wanita?"

Post a Comment