Review CALAWO Sport Bra.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.



Sekarang ni aku tengah on diet dan dalam masa yang sama bersenam /workout juga.
Tapi selalu juga cheat day sebab tak tahan tengok makanan yang sedap.
Ada juga orang fikir bahawa tak perlu bersenam jika betul-betul diet.
Hello! itu dah salah ye akak-akak dan adik-adik sekalian.
Bersenam ni penting untuk menjaga kesihatan.
Tak kiralah korang badan gemuk ke, kurus ke bersenam ni sangat penting untuk maintain sihat. Ibarat macam kereta, kalau lama-lama tak start akan rosakkan? Macam tu jugalah badan kita.
Taklah baru naik tangga sikit korang dah termengah-mengah semputkan.

Apakah Kebaikan bersenam?

• Meningkatkan kekuatan dan daya tahan.

• Mencapai berat badan unggul.

• Meningkatkan kecergasan fizikal

• Meningkatkan kelembutan sendi.

• Mengawal tekanan darah

• Menggalakkan berhenti dari merokok.

• Mengawal keseimbangan makanan.

• Mencapai paras kolesterol yang normal.

• Mengurangkan paras tekanan ( stres ) .


Macam aku, aku lebih suka jogging, jalan kaki, mengayuh basikal senamam atau lompat skipping. Paling malas pun aku akan mengayuh basikal senaman sebab malas nak keluar rumah. 30 minit sehari pun dah cukup baik nak keluarkan peluh. Kalau terlalu busy, 3 kali seminggu je pun dah OK. Asalkan korang bersenam!

Sudah semestinya semasa kita bersenam, kita inginkan keselesaan.
Sebagai seorang perempuan pakaian dalam sangat penting untuk aktiviti bersukan dan riadah ni.
Aku akan pastikan pakaian dalam aku selesa dan tak panas semasa aktiviti bersenam.
Jadi aku memilih Calawo Sport Bra untuk aktiviti tersebut.

1. Unboxing Feeling.

Serius! Sangat teruja waktu nak unboxing box calawo sport bra ni sebab dapat packaging yang cantik dan sangat eksklusif. Sebelum ni aku pernah beli sport bra tapi tak sama kualiti macam calawo sport bra ni. Memang sangat berbaloi dan puas hati.


Rasa macam dapat hadiah je, dan semestinya sangat eksklusif dari CALAWO Sport Bra. 
Kualiti yang digambarkan memang betul-betul terbaik.

Aku memang terlebih teruja dapat Calawo Sport Bra ni. 
Sememangnya tak sabar nak pergi workout
Memang betul-betul membakar semangat Cik Farah ni!