Alhamdulilah one step closer 16 Ogos 2015...and second step kurang lagi 2 bulan. So tengah busy buat persiapan bertunang.
Thema warna of course warna pink plus putih, Memang kesukaan walaupun orang tu cakap pink tak menarik...tapi aku memang pilih pink putih.
Cantikkan tone warna tu, memang tak nak warna lain dah.
Pada 16 Ogos 2015 hari tu hanya merisik khabar. Alhamdulilah, perkenalan kami sekejap je..dan tak sangka aku boleh terima hubungan baru ini setelah banyak perkara melukan hati, tapi masih memberi peluang pada insan yang benar-benar inginkan hubungan ini. Restu kedua belah pihak sangat penting bagi aku, alhamdulilah mendapat restu keluarga. Next step bertunang insyaallah last step bernikah. Aku memang nak step by step. Kalau boleh nak bertunang, bernikah sekali dalam hidup dan kekal hingga akhir hayat...bahagia dunia akhirat.
Alhamdulilah, selepas perbincangan kedua belah pihak, cincin tanda di sarung oleh bakal ibu mertua. Aku pakai simple-simple je sebab memang duduk kat dapur, bila nak sarung cincin je naik atas hehehe...malu tau...sebab hanya merisik je so tak nak la over-over..tunang pun aku nak simple-simple je.
Cantik tak tone warna ni, pink putih...bunga ni cari kat Fah Lean Floral sebab dekat dengan rumah sewa aku. Bunga-bunga kat situ memang banyak pilihan, barangan perkahwinan lain pun banyak...sampai rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Harga berpatutan.
Borong barang-barang ni untuk buat hantaran. Sebab nanti terus bawa semua hantaran..so masa nikah tak payah berdulang-dulang bagai dah... Esoknya pergi Nilai 3 tapi macam mahal je, nak pergi Jalan TAR tengah busy BERSIH so memang tak pergi la.
Dulang pula nak pinjam adik punya hehehe...tapi nak try tengok kat Jalan TAR nanti...
Balik dari Nilai 3, pergi Bangi topup beli bunga ni pulak....
Rasanya stock bunga untuk buat gubahan hantaran cukup agaknya hehehe...
Harap gubahan nanti menjadi la...idea masih berlegar-legar dalam kepala lagi ni hehehe..
Baju bertunang pun belum beli lagi..adoiii..masih ada masa lagi ni.
Cincin tanda kiterr...
Ada orang tu marah, kalau kite tak pakai cincin dia, yess boss I pakai la ni, memang everyday pakai sejak risik merisik tu.
Melalui perbincangan kami cadang nak bagi 11 dulang dari pihak perempuan dan dibalas 9 dulang dari pihak lelaki.
So, aku senaraikan barang hantaran, mana tahu boleh bagi idea pada korang yang nak bertunang nanti.
Hantaran untuk pihak lelaki.1. Sirih junjung2. Sejadah3. Jam tangan4. Kasut + Stokin5. Songkok6. Set Perfumes7. Tuala8. Garam + Gula (ikut adat)9. Air merah-minuman (ikut adat) aku letak air tin marinda strawberry je.10. Kek Tunang11. Buah-buahan
Hantaran untuk pihak perempuan.1. Sirih Junjung2. Cincin tunang3. Persalinan langkah bendul (untuk dua orang kakak)4. Jam tangan5. Hand bag + kasut6. Set Perfumes7. Telekung8. Kek tunang9. Buah-buahan
Selalunya hantaran akan lagi banyak sebab saudara-mara akan tambah lagi barangan makanan dan kuih muih sebagai hantaran. Best la pihak lelakikan hehehe..
Nak tengok bakal tunang kiter??? ohh rahsia..bagi tengok separuh je.
Nanti dah sah jadi my hubby, kita bagi tnjuk la ye...
Doakan semua berjalan lancar ye...dan dipermudahkan segala urusan..amin...
Jomlah kita diet, sebab badan makin membesar bagaikan juara..
Bye...
0 Response to "Kurang 2 bulan lagi."
Post a Comment