Review MYLARA Skincare

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog Cik Farah.

Lama Cik Farah tak update blog kan.
Maklumlah busy dengan tugas hakiki.

Hari ni aku nak review satu skin care yang best sangat. Of course barang baik kena la sharing is caring ya!

Korang pernah dengar tentang MYLARA Skincare? Kalau tak pernah dengar mari sini aku terangkan serba sedikit ya.

Mengenai MYLARA SKINCARE

MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan. 

Berkesan merawat
1. Kulit kusam
2. Kulit berminyak
3. Jerawat 
4. Jeragat 
5. Parut jerawat
6. Hiperpigmentasi
MYLARA Skincare ni dia ada bekas khas yang korang senang nak angkut ke mana-mana dan senang nak bawa travel.




Aku try basic set dan Aqua Essence.
Collagen Cleanser

1) 4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)

Deskripsi : Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.
TEKSTUR : Gel pencuci berwarna ‘pink muda’ (pewarna dari ekstrak mawar, tidak menyebabkan jerawat kerana bukan pewarna sintetik) yang mesra pengguna, lembut, berbau harum, serta multi-fungsi. Wajah terasa segar setelah menggunakannya. Tidak terlalu berbuih lantas berhasil mengekalkan kelembapan wajah.

Manfaat utama :
- Praktikal, bersih dan efektif
- Fungsi 4 dalam 1 yang boleh dilakukan di rumah
- Membersih wajah
- Eksfoliasi lembut
- Menyamakan tona kulit dan melembutkan
- Menganjalkan kulit
- Menyerikan wajah

Bahan utama :
Ekstrak Betik - melembap, menghilangkan pigmentasi, mengurangkan kedutan
Minyak Kelapa - anti iritasi, memberi kelembapan
Ekstrak Lidah Buaya - melembap dan melembut
Kolagen larut - memberi kelembapan, melembutkan, anti penuaan

Cara Penggunaan : Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut:
- Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
- Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.

My review: Bau dia sangat wangi dan segar, masih terbayang-bayang harumannya. Syok sangat. Bila lepas basuh muka tu muka rasa lembut sangat.

Aqua Essence

2) Facial Toner (60ml)

Deskripsi : Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.
TEKSTUR : Penyegar yang berwarna ‘pink muda’ yang sangat sesuai untuk menyegarkan wajah di samping menyahtoksin di pori0pori supaya bebas kuman penyebab jerawat. Pori-pori yang bersih mampu merapat dan menghasilkan kulit wajah yang licin dan cerah natural.

Manfaat utama :
- Membuat kulit terasa bersih dan segar
- Mengandungi bahan-bahan yang aman buat kulit : Rosehip, Licorice, Aloe Vera
- Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitive
- Bebas pewarna dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit

Bahan utama :
Minyak Rosehip - anti-penuaan, melembapkan
Ekstrak Licorice - anti-irritasi, mencerahkan
Ekstrak Aloe Vera - melembap dan melembut
Witch Hazel - anti-jerawat, melembapkan, menyegarkan kulit

Cara Penggunaan : Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering;

- Basahkan kapas dengan toner secukupnya. Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas.
- Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.

My Review: Aku pakai Aqua Essence, memang menyerap ke dalam kulit. Bau segar sangat. Kulit jadi makin halus dan paling best liang roma pun mengecil bila lepas bilas.

Matte Miracle CC Cream SPF 30

3)  Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)

Deskripsi : Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinikal dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan warna matte yang elegan. “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.
TEKSTUR : Krim multi-fungsi yang berciri ‘matte finishing’ tidak menyebabkan wajah berminyak seharian. Foundation ringan yang terkandung dalam CC Cream ini memberi ‘instant dewy look’ dan ‘natural glow’ yang wanita Asia idamkan dengan calitan minimal. ‘Matte CC Cream’ tidak menyumbat pori-pori kerana dihasilkan dengan teknologi Korea iaitu ‘Nano-size molecule’.

Manfaat utama :
- melindungi dari sinar matahari
- membantu melembap dan melembutkan kulit wajah
- tekstur ringan dan lembut
- 97.7% natural
- sesuai untuk semua jenis kulit

Bahan Utama :
Minyak Argan - melembap, menegangkan (prokolagen)
Titanium dioxide - melindungi dari sinar matahari, anti-cancer (kulit)
Serbuk mutiara - mempercepat pertumbuhan kulit baru, regenerasi kolagen

Cara penggunaan : Selepas penggunaan toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.
My review: Aku pakai day cream ni sebelum pakai foundation. Sebenarnya tak pakai foundation pun dah cun pakai cream ni je. Sangat rata dan wajah smooth je. Jadi tak perlu make-up tebal kalau nak keluar. Selalunya kalau keluar seharian kulit aku kering, tapi bila pakai cream ni alhamdulilah kulit rasa lembab je. Bebas sinaran cahaya matahari!



4) Revitalizing Night Cream(7g)

Deskripsi : Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawal 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.
TEKSTUR : Krim malam yang sangat melembapkan dan tidak melekit seperti krim-krim kilo di pasaran. Dihasilkan dengan bahan mentah import berkualiti tinggi dan dijamin merawat wajah secara optimum sepanjang malam. Krim berwarna ‘pink muda’ mempunyai bahan aktif buah berry yang secara saintifik membuktikan kesan pencerahan dan antioksida 10X lebih berkesan dari bahan aktif lain.

Manfaat utama :
- Menyamakan tona wajah, mengurangkan warna kulit yang tidak sekata
- Membantu memulihkan dan mencerah kulit wajah
- Menghapus tanda-tanda penuaan
- Pelembap malam yang tidak melekit
- Bebas MERKURI

Bahan utama :
Alpha Arbuntin - Mengurangkan noda hitam, menghalang produksi enzim tyrosinase
Beeswax - melindungi dari kotoran sekitar, melembap
Vitamin C - Anti-oksida, anti-cancer, menggalakkan produksi kolagen
Vitamin E - Meremajakan, melembap
Ekstrak Aloe Vera - Melembap, melembutkan

Cara Penggunaan : Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner;
- Dengan menggunakan hujung jari, sapukan lapisan nipis ke muka dan leher.
- Untuk penyerapan sempurna, dengan perlahan, urut wajah selama 1-2 minit.

My review: Memang best night cream ni lembut je pada kulit. Bila bangun pagi tengok kulit pinkish je. Makin cerah je. Serius aku suka. Jerawat pun makin pudar! Makin glowing je wajah!

MENYEMPURNAKAN KULIT ANDA DI SETIAP FASA
Korang jangan risau nak cuba skincare ni sebab dia ada fasa-fasa untuk merawat kulit, ramai yang berjaya ye. Jom kita baca fasa-fasanya:

MINGGU 1-2 :
FASA 1 - DETOKSIFIKASI

Tindakan Klinikal:
Penyerapan di bawah permukaan kulit akan menghilangkan sel-sel mati yang menyebabkan pori tersumbat dan menyembuhkan kesan pertumbuhan jerawat.
Hasil/Kesan:
Kulit anda akan mula serasi terhadap proses detoksifikasi. Kulit akan mula terasa gatal, kering dan kemerahan, namun akan mula berkurang menjelang akhirnya fasa 2.
Tona kulit anda akan mula kelihatan lebih sekata.


MINGGU 2-3 :
FASA 2 - PEMULIHAN

Tindakan Klinikal :
Kulit mula menghasilkan sel-sel normal yang sihat. Sel-sel pigmen mula membebaskan melanin secara lebih sekata. Sel-sel baru juga dikuatkan dengan penggunaan secara konsisten seperti yang disarankan.
Hasil/Kesan:
Keadaan kulit anda pada fasa ini sedang disesuaikan dengan system penggunaan produk ini. Anda akan dapat melihat kulit anda menjadi lebih tegang, licin, lembut dan bersih.



Minggu 3-4
FASA 3 - PENYEIMBANGAN

Tindakan klinikal:
Sel-sel kulit sedang diserasikan dengan baik ke dalam sistem untuk proses transformasi kulit.
Hasil/Kesan:
Kulit anda akan kelihatan dan rasa lebih bersih, berseri, lembap dengan tona yang lebih sekata.

Minggu 4-5
FASA 4 – WAJAH BARU

Tindakan Klinikal:
Kulit anda akan kelihatan seperti kulit baru yang telah dihidupkan semula. Adalah amat digalakkan untuk meneruskan penggunaan yang konsisten untuk mengekalkan khasiat dan kelembapan yang mencukupi bagi kulit anda.
Kesan:
Anda seperti dilahirkan semula dengan kulit wajah yang baru! Kulit anda sekarang tentunya lebih berseri-seri dengan tona yang sekata di samping kelihatan lebih muda dengan mengekalkan penjagaan agar sentiasa sihat!

Nak share sikit kulit Cik Farah selepas memakai MYLARA Skincare ni:

Ini gambar aku selepas pakai cleanser, aqua essence dan night cream. Maaf pipi tembam!

 
Masa ni kalut nak pergi class, pakai day cream dan bedak compact je.
 
Yang ni baru pakai day cream dan foundation. Lagi smooth je rasa. Tak bercapuk langsung!
Review keseluruhan Cik Farah: Skincare ni sangat best, boleh mengecilkan liang roma, jerawat yang besar pun makin berkurangan dan wajah makin pinkish, cerah dan glowing. Tak menyesal mencuba!

 Ok tu testimoni cik farah. nak lihat yang lain??? mesti lagi gempaq kan.











Apa lagi, kalau nak kulit cun melecun kenalah cuba MYLARA SKINCARE. Pasti terpesona je nanti.

Kat mana boleh dapatkan MYLARA SKINCARE ni?
Atau korang boleh whatsapp terus ke 013-9200960
Korang juga akan di guide oleh Dr.Mai sendiri dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan korang boleh direct tanya kat beliau.
# Ini adalah testimoni dan pengalaman peribadi saya menggunakan produk Mylara Skincare. Sebarang kesan yang terjadi kepada pengguna selepas penggunaan produk ini bukan dalam tanggungjawab saya.

0 Response to "Review MYLARA Skincare"

Post a Comment